NOTIS PERLINDUNGAN
DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) dikeluarkan kepada semua pemegang saham (termasuk pemegang-
pemegang saham utama)(“Pemegang Saham”) APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD (“Syarikat”, “APM” atau
“kami”) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) yang berkuatkuasa pada 15 November 2013. Akta ini
mengawal selia pemprosesan data peribadi dan menghendaki kami untuk memaklumkan anda berkenaan perkara-
perkara yang berkaitan dengan data peribadi anda yang sedang diproses, atau yang akan dikumpul dan diproses
oleh kami. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” yang digunakan dalam Notis ini
hendaklah membawa maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut.
Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Malaysia”) telah membuat pindaan kepada Keperluan Penyenaraian Pasaran
Utama (“Keperluan Penyenaraian”) pada 15 November 2013 akibat daripada Akta ini. Seperti yang tertakluk di bawah
perenggan 2.14A Keperluan Penyenaraian, sesiapa yang memberi atau telah memberi data peribadi kepada Bursa
Malaysia, haruslah membaca dan menyedari tentang notis data peribadi Bursa Malaysia yang terdapat di laman web
Bursa Malaysia di
(“notis data peribadi Bursa Malaysia”). Sekiranya Syarikat membekalkan
data peribadi Pemegang Saham kepada Bursa Malaysia, Syarikat mesti memaklumkan Pemegang Saham tentang
notis data peribadi Bursa Malaysia.
Sebagai Pemegang Saham APM, data peribadi anda mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor
pasport, alamat, tarikh lahir/umur, maklumat dan nombor perhubungan, alamat emel, jantina, kewarganegaraan,
pegangan saham dalam APM, nombor akaun bank, nombor akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) anda dan data
peribadi lain yang dikehendaki, yang mungkin diproses oleh APM dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya
(“Kumpulan APM”) untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):
(a)
Mematuhi Akta Syarikat 1965, Keperluan Penyenaraian dan undang-undang, peraturan-peraturan dan garis
panduan berkaitan yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa;
(b)
Pengesahan maklumat kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan;
(c)
Menyampaikan, menghubungi dan menghantar laporan tahunan APM, pekeliling kepada pemegang saham, dan
lain-lain maklumat kepada Pemegang Saham melalui cara komunikasi dan penyampaian yang kami anggap
sesuai;
(d)
Pembayaran dividen dan manfaat lain kepada anda sebagai Pemegang Saham, jika berkenaan;
(e)
Mengekal, menyelia dan mengemaskinikan rekod kami yang berkaitan dengan maklumat-maklumat Pemegang
Saham; dan
(f)
Untuk berurusan dengan semua perkara yang berkaitan dengan pegangan saham anda dalam APM; atau bagi
tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang diberi oleh anda serta maklumat lain
yang mungkin kami perolehi berkenaan anda.
Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan oleh kami untuk Tujuan di atas kepada pihak lain termasuk dan tidak
terhad kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan APM (sama ada pada masa kini atau masa depan), penasihat
profesional, syarikat-syarikat insurans, juruaudit, peguam, bank, pendaftar saham dan pembekal perkhidmatan lain,
semua jabatan dan/atau agensi kerajaan dan/atau kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun
dan sebarang pihak ketiga, sebagaimana yang dikehendaki undang-undang atau timbul daripada apa-apa kewajipan
undang-undang yang dikenakan ke atas Kumpulan APM. Data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke suatu
tempat di luar Malaysia.
Sekiranya anda gagal membekalkan data peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat memproses data
peribadi anda bagi apa-apa Tujuan tersebut.
Kami akan memastikan semua data peribadi anda disimpan dengan selamat. Anda bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan
dikemaskini.